Total Pageviews

Sunday 18 December 2016




Info dan Khasiat Pucuk Tenggek Burung

PENGENALAN PUCUK tenggek burung adalah sayuran ulam yang sangat digemari apatah lagi jika dicolek dengan sambal belacan atau sambal udang kering dan dimakannya bersama nasi. Rasa dan aromanya dapat merangsang selera dan nasi biasanya dimakan lebih berselera dari biasa. Selain itu, pucuknya juga dijadikan ramuan dalam nasi ulam, kerabu atau menjadi ramuan masakan ikan atau

Khasiat Pucuk Tenggek Burung

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pucuk Tenggek Burung yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti .
Info tentang Khasiat Pucuk Tenggek Burung ini kami masukkan dalam kategori : HerbaUbatUlam

PENGENALAN
PUCUK tenggek burung adalah sayuran ulam yang sangat digemari apatah lagi jika dicolek dengan sambal belacan atau sambal udang kering dan dimakannya bersama nasi. Rasa dan aromanya dapat merangsang selera dan nasi biasanya dimakan lebih berselera dari biasa. Selain itu, pucuknya juga dijadikan ramuan dalam nasi ulam, kerabu atau menjadi ramuan masakan ikan atau resipi tradisional.
Pokok tenggek burung berasal dari Indo-Malaysia, bersaiz kecil setinggi 5 hingga 7 meter, bercabang banyak dan rimbun. Daunnya trifoliat dengan anak daunnya berbentuk oblong dan akuminat ke hujung, 6 hingga 15 sentimeter (sm) panjang dan 3 hingga 8 sm lebar.Anak daun terminal lebih besar sedikit daripada anak daun sisi. Petiol 5 hingga 6 cm panjang. Daun ini beraroma sedap bila diramas. Infloresen sima, berpedunkel sepanjang 5 hingga 8 cm. Bunga kecil, berwarna putih kehijauan dan berbau wangi sedikit. Buahnya kapsul, 12 mm lebar dan berbiji halus.
Tidak banyak diketahui mengenai khasiat ulam ini. Dalam 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 83 g, protein 4.4 g, karbohidrat 9.9 g, lemak 0.3 g, serat 1.5 g fosforus 51 mg, kalsium 41 mg, kalium 330 mg, vitamin C 9.3 mg.
Pokok tenggek burung jarang ditanam dan tumbuh meliar di tepi belukar. Burung adalah penyebar utama pokok ini. Bagaimanapun, pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Anak-anak yang tumbuh di pangkal pokok boleh juga digali dan ditanam semula. Pokok ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
Pokok ini juga dikenali sabagai cabang tiga atau tapak itek atau kiandang disetengah tempat. Kepada saya pokok ‘Tenggek Burung’ ini, selain dari pucuknya yang sedap dibuat ulam, ia juga lambing orang yang merendah diri, mengapa tidak? Pokok ini tidaklah ‘glamour’ saperti pokok hiasan atau pokok ulam yang ternama . Tetapi ia mempunyai khasiat yang banyak.

Khasiat Pucuk Tenggek Burung
Tenggek burung ni biasanya di makan pucuk segar sebagai ulam. Rasanya lemak dan kelat2 sikit. Makan dengan sambal tempoyak memang menyelerakan.
Tenggek burung di percayai boleh merawat tekanan darah tinggimelancarkan peredaran darah ( di katakan ulam ni sangat baik untuk kaum lelaki), menghilangkan lenguh di badan, mengecutkan rahim wanita yang baru bersalin dan menyegarkan badan.
Daun tenggek burung dipercayai boleh
  1. melambatkan keluar air mani lelaki/slows down the emission of sperms in a man;
  2. lebih menegangkan zakar/tightens the penis,
  3. menjadikan zakar lebih sensitif/makes the penis more sensitive,
  4. lebih menambah nikmat sex kepada lelaki/increase sexual satisfaction for males,
  5. ia juga menyegarkan badan/revitalises the body,
  6. mencegah serangan darah tinggi/prevents high blood pressure.
  7. boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan/can be eaten as ulam with sambal belacan.
  8. mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim/aids post-natal mothers especially in tightening the vagina.
  9. melancarkan peraliran darah/helps the flow of blood in the body.
khasiat tenggek burung 1
Cara menggunakan:
Kita hanya perlu makan 6 atau 7 helai daun sekali makan. Daun yang dimakan ialah daun yang muda. Rasanya sedikit kelat dan garing, jadi sesuai dimakan sebagai ulam. Makan diwaktu malam atau siang. Kesannya agak segera, selepas 2 atau 3 jam.

No comments:

Post a Comment